Saturday, December 30, 2017

#meetdaleryusuf2017





Assalamualaikum :)


Sabtu lepas Fatin menghadiri Meet & Greet Daler Yusuf di De'Laman Event Space, Bukit Jelutong. Fatin dari Gombak naik lrt sampai Glenmarie then naik grab sampai De'Laman.


Sampai tepat2 pukul 2! Terus solat zuhur kat situ, surau perempuan kat tingkat 2. Surau selesa, dewan dia pun selesa. Fatin google ramai jugak orang buat kenduri kahwin.



Majlis start dalam pukul 3 petang. Bila Daler masuk semua tergamam, Fatin taklah, Fatin dah biasa jumpa, ye la tuuu :p


Then, Daler beri sepatah dua kata, then seterusnya merasmikan majlis dengan menandatangani banner rasmi majlis.


Seterusnya, makan! Fatin dah simpan perut dari pagi :p
Tapi still tengah diet jugak, kena control portion, pagi tu dah siap2 jogging 5KM.
So takdelah rasa bersalah sangat ;)


Durian crepe



Nasi & macaroni amik sikit je, sebab dah aim dessert :D

round 2 pulak :p

Then majlis diteruskan dengan sesi soal jawab. Ada macam2 soalan dari peminat. Soalan favourite, "Daler bila nak kahwin?" Daler jawab. "Rahsia" Then Lisa cakap tu tak menjawab soalan tu. Daler reply, "I tak tahu lagi bila nak kahwin" So korang ada chance lagi ya ;)



Seterusnya sesi Daler bertanya ke peminat. "Macam mana boleh kenal Daler?" Macam2 jawapan ada, ada dari drama Encik Mat Salih Celup dan banyak lagi. Macam Fatin, Fatin kenal Daler daripada instagram Ezzaty Abdullah. Masa caption Ezzaty, "dengan Pakcik" Amboi pakcik dia :p Dari situ start kenal Daler & follow instagram Daler.


Tetiba black out.

Surprise!

Happy birthday to you...



Ada kek birthday untuk Daler, so ramai nyanyi lagu happy birthday.

Sementara tunggu pisau nak potong kek, amboi seronoknya birthday boy ni ya :D

Daler pun terus potong kek & ngap terus!


Cantik kan kek dia!



Then games! Ada banyak games, antaranya musical chair, chubby bunny (masuk marshmallow dalam mulut then cakap, yang lain teka), kuiz pasal Daler, Dance & Freeze dan banyak lagi. Fatin join chubby bunny, tapi kalah :(

Untuk kuiz, Fatin macam dah prepare semua, tapi ada jugak soalan yang tak dapat jawab.

Soalan: Apakah award yang Daler pernah dapat?

Ramai tak dapat jawab soalan ni termasuklah Fatin. Daler dah round2 tanya semua orang. Sampai Fatin pun kena tanya. Daler cakap Fatin you ada update kan dalam blog you? Yup, sorry Daler, Fatin lupa :( Soalan tu last Bella dapat jawab, good job Bella!

Ni bukti Fatin ada update kat blog, tapi masa tu line umobile takde nak google -.-

Then soalan kuiz yang lain. Berikan watak Daler yang pertama sebagai hero?

Ni pun loading. Kitorang tahu drama Lip Lap Raya, tapi watak dia tu jenuh nak throwback.



Last2, Fatin sebut Adam! Yes betul! Watak dia Adam Johanov. Finally, dapat pun hadiah hehe..

Musical chair

Last2 Daler menang!

Dance & freeze
Akhir sekali. sesi autograf dan sesi bergambar.



Masa sampai turn Fatin, tak payah sebut apa2, Daler dah terus tulis nama & wish.
Sebelum awal majlis, Daler ada cakap, "I see many familiar faces, Bella, ..." pastu sampai kat Fatin, dia sebut Farah lagi :( Fatin lah.. So, masa sesi autograf Daler dah ingat.



Then wefie!


Untuk event ni dapat jumpa kawan lama dan baru. Lisa, Ira, Kak Sheera, Kak Shita, Bella, Syerena, Kak Ila, Kak Aiffa, Ummi, Farah Ain, jumpa lagi next event! Tahniah kepada penganjur, Ziera & Lisa, good job! Memang enjoy! Terima kasih jugak kepada semua penaja

With tablemates

Thanks Akmal tolong snap gambar :)

Terima kasih jugak kepada semua penaja:

Main Sponsor : @ablissfulmoment.co 
Venue | @delamaneventspace
Catering | @delamaneventspace
Goodies | @unebelle27 (jamu)
Goodies | @pk.pilotkitchen (mooncake) 
Cake | @ablissfulmoment.co
Stage | @ablissfulmoment.co 
Photobooth | @ablissfulmoment.co 
Candybooth | @ablissfulmoment.co & @pk.pilotkitchen 
Theme : English Garden by @ablissfulmoment.co

Kepada Daler, terima kasih meluangkan masa untuk kami semua, walaupun nampak penat at the end of the event, and terus rushing pergi shooting. 



Sekarang Daler sedang busy shooting drama Nota Buat Cempaka, sebagai Dr Luqman Harith. Heroinnya Eyka Farhana sebagai Cempaka.



By the way, event ni kira advanced birthday celebration untuk Daler. Birthday sebenar Daler 31 Disember, esoklah kan? Jangan lupa wish ya team daler yusuf sekalian :)

sekian laporan dari setiausaha #teamdaleryusuf (sukahati lantik diri sendiri)

Thanks for reading this entry :)

Korang boleh klik entri berkaitan Daler di bawah:

Daler Yusuf's Birthday Bash 2015 @ Karangkraf
A wonderful day with Daler Yusuf @ Mid Valley
Siapa Daler Yusuf?
Daler Yusuf @ Cosmopolitan Magazine (October 2016)
Lunch Date with Daler Yusuf at Flora Cafe

No comments:

Post a Comment