Wednesday, October 04, 2017

Movie day out with Team Daler Yusuf #BisikPadaLangit




Assalamualaikum :)

Dah kenapa lengan aku nampak sado -.-

Hai korang! Harini offday, so cepat2 bukak laptop nak update blog. Terharu bila ada kawan tanya, bila nak update blog, tak sabar nak baca katanya :)

Here we go!

Ahad lepas Team Daler Yusuf buat satu event, Movie Date with Daler Yusuf! Nasib baik diorang inform awal2, cepat2 mintak tukar cuti kat bos. Alhamdulillah bos approved :)

Mula2 excited dapat jumpa Daler, pastu double excited sebab Erwin Dawson pun ada jugak! Fanclub Erwin, Edmirers pun join sekali, memang happening!

Wefie satu

First time jumpa Erwin. Start kenal Erwin masa dia berlakon dalam drama Dunia Generasi Baru, watak dia dalam drama tu best, kelakar! Btw, thanks Erwin repost kat IG story walaupun tak like gambar tu :p



Sebelum masuk cinema, bergambar dulu, selfie siap2, iyelah, kang keluar cinema mata bengkak camana? haha :D



Thanks Daler still ingat nama Fatin, haritu time Open House, Daler tersilap sebut nama, dia panggil Fatin, Farah! Mengamuk iolls! (dalam hati jelah) Tapi bukan Daler sorang je tersilap nama, dulu masa kat mrsm pun cikgu fizik & ustaz panggil Farah. Bukan Farahlah cikgu, Fatin! Cikgu fizik cakap, "Sorry, tapi saya rasa muka awak sesuai dengan nama Farah" Ok, pape jelah -.-

Okay berbalik kepada movie Bisik Pada Langit. Ramai orang cakap cerita ni sedih. Sebelum start movie PA Daler, Akmal ada bagi merchandise Bisik Pada Langit, kotak kecik. Terfikir jugak apa dia ni, bukak2 tisu! Okay, excited nak tengok movie.




Mula2 tu memang nangis sebab ada scene sedih. Ingatkan sampai situ je sedihnya, rupa-rupanya banyak lagi susunan scene buat #MataMasukHabuk ! Air mata tak sempat kering, berair lagi untuk next scene, sampailah habis. Bukan air mata je, air hidung (hingus) pun keluar sekali hahaha :p Cepat2 lap dengan tisu.

Filem Bisik Pada Langit BEST GILER! Fatin bagi  5/5 bintang!

Banyak pengajaran dalam cerita ni.

1. Kasih ayah sehabis nyawa

Kisah kasih sayang seorang ayah (Jalil Hamid) kepada anak perempuannya. Betul2 dia menjaga Siti Hajar (Ummi Nazeera) seperti menatang minyak yang penuh. Dia tak bagi anak perempuan dia naik motor sebab risau keselamatan anaknya. Tetapi dia sanjung sangat anak perempuan sehingga terlupa yang dia ada lagi 2 orang anak. Anak sulung, Zaidi (Beto) merupakan kerani manakala anak bongsu, Iqram (Naim Daniel) seorang mekanik.

2. Pengorbanan

Siti Hajar belajar kat Australia sebab nak mengubah nasib keluarganya yang miskin. Pada Hajar, belajar kat oversea senang dapat kerja. Tak lupa pengorbanan seorang abang sulung, Zaidi yang berkorban tidak sambung belajar kerana terus berkerja untuk membantu keluarga.

3. Anak semua sama

Ayah asyik menyanjung Hajar, dialah yang pandai dalam akademik, dialah yang baik. Sehinggakan anak2 yang lain berjaya pun dia tak perasan. Anak bongsu dia, Iqram menang dalam esei bahasa inggeris dia langsung tak puji, malah merendahkan anak dia sebab tak berjaya dapat straight A dalam PMR seperti Hajar. Tapi bila dah dewasa, Iqram merupakan mekanik yang terbaik kat pekan, semua orang nak Iqram yang repair kereta diorang.

Ramai orang puji sinematografi filem ni cantik, memang cantik! Susunan scene tu perfect. Okay taknak komen banyak2 sebab tak reti sangat bab tu. Pemandangan kat Australia & Tanjung Piai memang indah tak terkata.

Habis je movie, tetiba ada kejutan, ada Naim Daniel & team Astro Shaw datang.



Ada sesi kuiz & sesi bergambar dengan pelakon.



Naim, Daler & Erwin

Sebelum balik sempatlah bergambar dengan Erwin & Naim. Tapi gambar blur T.T
Masa tu rushing sebab orang dah start masuk untuk tayangan seterusnya.



Siapa yang belum tonton, cepat pergi cinema terdekat! Tapi pastikan cinema tu ada tayangkan filem ni, sebab tak semua tempat ada. Jangan lupa bawak tisu ya.. Sebab memang betul2 #BanjirdiPawagam.

Korang boleh tengok Tayangan perdana Bisik Pada Langit untuk 20minit. 
Pastu sambungan kat wayang eh :)


Fatin baru tahu OST filem ni lagu Akim & The Majistret, tajuk Lygophobia (fobia kepada kegelapan). Tahu pun sebab dengar kuiz lepas movie tu hehe.. Fatin siap tukar jadi lagu blog lagi, siapa yang baca blog ni via laptop dapatlah baca sambil dengar lagu :)

Thanks a lot kepada Team Daler Yusuf untuk movie date ni, Daler,  Lisa & Akmal. Team Daler yang Fatin cam haritu, Syah, Kak Shita, Bella, yang lain tak cam sangat hehe.. Insya Allah, jumpa lagi next event ya korang! :)


Can you spot me?

Some pics credit to Team DalerYusuf, sorry gambar blur, lighting sangatlah tak baik. Mungkin kena upgrade ke Iphone8? :p

By the way, pesanan penaja, eh mana ada penaja :p Jangan lupa tengok Daler sebagai Rayyan Smith dalam drama #TitianCinta setiap isnin hingga khamis jam 7pm di TV3, TWEET sampai trending ya!

Daler, nak satu gambar, nak update kat blog. Terus Daler posing ;)

Thanks for reading this entry :)

Korang boleh klik entri berkaitan Daler di bawah:

Daler Yusuf's Birthday Bash 2015 @ Karangkraf
A wonderful day with Daler Yusuf @ Mid Valley
Siapa Daler Yusuf?
Daler Yusuf @ Cosmopolitan Magazine (October 2016)
Lunch Date with Daler Yusuf at Flora Cafe
- Open house Daler Yusuf 


p/s: 
Tetiba rasa Fatin ni dah macam Setiausaha Team Daler Yusuf dah, lepas habis event buat report :p


No comments:

Post a Comment