Wednesday, July 19, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428H




Assalamualaikum :)

Harini dah 25 syawal, dah selesai puasa enam? Cepat2 habiskan baki yang ada! Rugi tak rebut pahala puasa setahun :)

Tahun ni Fatin beraya kat KL dulu, #teamrayaKL hehe.. Beraya kat kampung mak kat Kampung Changkat, rumah saudara mara. Petang raya baru gerak ke kampung ayah kat Perak. Alhamdulillah tahun ni raya pertama dapat berkumpul semua enam orang adik beradik. Meriahnya raya! :D

My beloved family

Kitorang takde tema tahun ni. Tema warna warni di aidilfitri la jawabnya ;)

Beraya bersama parents, siblings, in-laws & nieces

Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun kedua Fatin dapat beri duit raya kat parents, anak2 buah. Walaupun sedih tak dapat duit raya T.T.. Muhasabah diri, memberi itu lebih baik dari menerima. Nak lagi baik, beri waktu bulan ramadan, sebab nak rebut pahala lebih. Mana yang tak sempat bagi bulan ramadan, kita bagi bulan syawal.



Untuk baju pulak, macam biasa pakai jubah je, sebab dah terbiasa, baju kurung dah jarang beli. Fatin punya baju raya dah beli tahun lepas lagi haha, waktu YEAR END SALE 2016. Fatin memang bab berbelanja ni memang bijak sikit ;p

Raya pertama

Yelah waktu year end sale Muslimah Clothing (MCC) murah giler weh. Beli sekali empat helai jubah sekaligus. Pastu peram dalam almari selama enam bulan, hahaha.. Tu pun ada lagi dua helai jubah yang akan diperam sehingga raya tahun depan :p Tudung pun beli waktu Naelofar hijab buat clearance sale, lagi sehelai beli dah nak dekat raya kat Mood Republik.


Raya kedua

Tak lupa untuk kelihatan lebih jelita di pagi raya, gunakan lipmatte Shade Dough by Hanis Zalikha. Yelah, makan ketupat, rendang, lemang, kalau tak pakai lipmatte, hilanglah lipstick kembali pucat. So, dengan Shade Dough, korang tak perlu risau lagi! Tak crack dan tahan lama! Tapi jangan lupa remove guna makeup remover or micellar water sebelum solat :)

Shade Dough code Cherry Sorbet

Shade Dough code Cinnamon rolls

Nak order Shade Dough boleh usha IG @shadedoughgombak , ada banyak colour yang available :)

Akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir batin :)

p/s: Baju raya muat lagi tak tu? :p

No comments:

Post a Comment