Thursday, March 02, 2017

Lunch Date with Daler Yusuf at Flora Cafe




Assalamualaikum :)



Ahad lepas Team Daler Yusuf ada buat satu event, Lunch Date with Daler Yusuf kat Flora Kafe.


Asalnya Fatin ingat nak pergi lari waktu lunch, tapi bos bagi half day, yeay! Ini first time Fatin dengar Amp Walk ni, and of course first time sampai sini. Tempat dia agak krik krik sikit. Maybe sebab dah mall lama tapi deko mall dia cantik.



Flora Kafe terletak kat ground floor, dekat dengan pintu masuk. Deko flora kafe ni cantik! Tapi tak dapat buat kat dalam sebab dah penuh. Tapi takpe kat luar pun lawa jugak.

Hasil google

Event ini simple je, lunch and borak2 dengan Daler Yusuf. Sebaik sahaja Daler sampai, waiter terus hidang makanan. Sementara tu, bertegur sapa dengan Daler. Tapi semua cam terpana lagi, daler depan mata haha.. Daler tanya semua cuti harini? Fatin cakaplah, kerja, tapi half day. Then Lisa kata, tengok tu Fatin half day tau untuk datang event ni! Daler pun cakap, "Thank you''

Mula2 sampai cam segan sikit ;)

Once makanan dah siap dihidangkan, start makan! Makan tengah hari mestilah ada nasi kan, lauk asam pedas ikan, rendang ayam dan sayur. Sedap! Actually Fatin tak suka makan asam pedas tapi yang kat sini punya okay, sedap, boleh telan hehe..



Lepas makan, start sesi ice breaking. Setiap orang kena interview dengan Daler haha.. Sambil2 tu Daler pun kena interview jugak dengan kitorang haha.. Sampai turn Fatin, nasib baik Daler ingat Fatin, terharu uolls haha.. Yelah ni kali ketiga Fatin jumpa Daler. First event Daler Surprise Birthday Party & second time waktu main bowling dengan Daler.



Then Lisa / Kak Sheera bagitau yang Fatin suka blogging, and ada update pasal Daler. Daler pun pernah share link blog tu. Tapi reaksi Daler cam blur. "I ada share eh?" Ya Rabbi, dia yang tweet link blog tu, tak ingat pulak dia. Takpe2, banyak lagi yang nak kena ingat kan haha..




Daler pun cakap, "oo, you suka writing eh.." Aku pun angguklah. Aku cakaplah kalau ada event ke apa, aku akan update kat blog. Dah macam reporter dah aku ni hehe.. Habis sesi borak2, teruskan sesi bergambar. Then, terus rempit ke tempat kerja. Nasib baik on time! Sebab dah hafal jalan ke kedai.

Thanks Daler for spending time with #teamdaleryusuf :)

Then, Fatin ada tweet Daler, tweet yang dia share dulu. Nasib baik dah ingat haha.. Kalau tak, Fatin delete baik entri tu, konon merajuk haha.. By the way, setakat ni banyak jugak carian google 'Daler Yusuf' masuk ke blog Fatin. Yelah, Daler pun dah semakin popular sekarang, semua orang nak tahu details pasal dia.



Untuk perkembangan terbaru Daler, Daler baru sahaja selesai shooting drama bersiri 'Encik Suami Mat Salih Celup', yang diadaptasi dari novel karya Yumi Hyra. Daler sebagai Ian Hadif dalam drama itu, dan pasangannya Nelydia Senrose memegang watak Iman Amani. Drama tersebut akan ditayangkan di Slot Dahlia bulan april nanti! Daler pesan jangan lupa tengok!

Ian Hadif & Iman Amani



Selepas drama ini, kata Daler dia akan shooting iklan TVC. Iklan apa rahsia. Dia jugak ada projek baru pun rahsia jugak. Banyak betul rahsia dia, hahaha! Kalau nak tahu apa 'rahsia' Daler, boleh follow instagram Daler, @daleryusuf.

Akhir kata, thanks a lot to :
Lisa, anjurkan event ini
#teamdaleryusuf Ira, Kak Sheera, Kak Dayah
kawan2 baru, Bella, Tuah, Fhai, Kak Diela, Siti, Syerena

Untuk entri tentang Daler sebelum ini, boleh klik tajuk kat bawah:

Daler Yusuf's Birthday Bash 2015 @ Karangkraf

A wonderful day with Daler Yusuf @ Mid Valley

Siapa Daler Yusuf?

Daler Yusuf @ Cosmopolitan Magazine (October 2016)

Thanks for reading this entry! :)

No comments:

Post a Comment