Monday, March 06, 2017

Hijab Event 2017 @ Rumah Kueh




Assalamualaikum :)



Alhamdulillah tahun ni berpeluang lagi menghadiri Hijab Event di Rumah Kueh, Sunway Nexis.


Tahun lepas tiada Hijab Event sebab ada event lain. Tahun ini ada, tapi konsep berubah sedikit. Kalau sebelum ni, pihak penganjur mengadakan secara terbuka kepada orang ramai, pada kali ini secara tertutup.


Kakak seperti biasa ajak Fatin join Hijab Event, Fatin try mintak cuti tapi tak lepas. Tapi bos bagi masuk lambat, kira half day lah. Bolehlah, daripada takde kan.


Pada kali ini, MIZAN menjemput Natasha Hudson dan Puan Erna Dewi untuk memberi pengisian.


Seperti yang kita tahu, Natasha Hudson sudah berhijrah dan berniqab. Natasha menceritakan perjalanan hijrah dia. Yang paling Fatin ingat, Natasha Hudson memberitahu yang dia menjadikan mati sebagai motivasi. Kita tak tahu bila kita akan 'pergi', kita semua mahukan husnul khatimah (pengakhiran yang baik), insya Allah..

Untuk details, korang boleh dengar sendiri kisah Natasha Hudson di bawah.




Seterusnya, sesi Hijab dan Personaliti Diri dari Puan Erna Dewi. Beliau merupakan usahawan dan jugak Image Consultant.


Details boleh tengok video di bawah. :)



By the way untuk kuiz tu Fatin dapat personaliti KLASIK, walaupun rasanya kategori cam ciri2 ROMANTIK :P Amacam ada gaya Dr Zeti tak? ;) Bila fikir balik, takdelah semua colour monotone, deep dalam almari tu, macam2 colour ada. Sebab sekarang tengah nak ke arah #jubahgoals dan #tudunggoals. Nak kumpul semua colour sebab senang nak mix and match colour untuk outfit o the day (ootd) ;)

Tema kali ini Fuchsia Gold. Bagi yang tahu fuchsia tu colour apa, macam kat poster ni, atau purplish red colour kata google ;)


Pakai baju apa yang ada je, walaupun tak berapa nak fuchsia, halal je lah hehe.. Pakai baju raya tahun lepas. Jubah dari Muslimah Clothing & shawl dari Bonafide Scarf.

ootd :)

Secara keseluruhannya, banyak info dapat dari Hijab Event kali ini. Tahniah MIZAN sisters anjurkan event yang bermanfaat macam ni.

Cer cari mana Fatin :)

Terima kasih kepada kakak yang ajak join & hantar balik ke kedai untuk Fatin kerja hehe.. Insya Allah tahun depan kalau ada lagi, nak join lagi :) Deko Rumah Kueh sangat cantik! Comel kartun2 ni punya dialog :)








Dah nama pun Rumah Kueh, kuihnya sedap! Fatin suka kuih serimuka & kuih lapis colourful!



Susunan kuih berteraburrr hahaha 

Sebelum balik, makan tengah hari dulu.

Untung kakak masuk ig Mizan ;)

Unik betul pinggan dia! :D



Sebelum balik, sempat ambik gambar kat tingkat bawah.


Next time nak datang lagi, nak try sagu gula melaka dia! Hari tu nak pergi tapi tak available, sebab belum masuk waktu minum petang lagi.. Takde rezeki huhu..



Untuk HIJAB EVENT yang lepas, boleh klik kat tajuk kat bawah :)




p/s: 
Sorry banyak gambar blur, tapi lighting kureng sikit kat situ huhu.. Some pictures credit to MIZAN.

Thanks for reading this entry :)

No comments:

Post a Comment