Wednesday, January 11, 2017

Teater Muzikal Dia Semanis Honey @ Istana Budaya




Assalamualaikum :)



5 Januari lepas Fatin dengan adik pergi ke Istana Budaya menonton 'Teater Muzikal Dia Semanis Honey'. Honestly, ni first time Fatin tengok teater. Dari dulu teringin nak tengok, bila lalu Istana Budaya je, terdetik, "bilalah dapat tengok teater ni.." Bila Fatin tengok IG ada Teater Dia Semanis Honey, terus beli tiket online.


Untuk first time ni, Fatin ambil seat yang paling murah, just nak rasa macam mana perasaan tengok teater & harga pun kena bayar untuk 2 orang. Bukan kedekut, tapi kenalah berjimat jugak kan huhu.. Fatin pilih seat Upper Circle. Next time maybe boleh upgrade :)


Teater start pukul 8.30pm, so Fatin gerak dengan adik lepas maghrib. Parking cam penuh, kereta banyak kena u-turn tak boleh masuk, tak sure diorang g mana, nasib baik moto lepas :) Masuk je Istana Budaya, tengok ramai giler orang. Then pergi redeem tiket kat kaunter bawah & masuk hall.


Upper circle

Wefie tapi poor lighting huhu
Sebelum pergi sini, Fatin ada baca review blog pasal orang pergi teater. 
Katanya bawak sweater sebab sejuk.
Sebelum start, pergi toilet siap2 sebab seat dia kecik, nanti susahkan orang nak keluar pergi toilet.
Tak boleh rakam or ambik gambar semasa teater berlangsung nanti kena laser dengan staf.
Fatin pun follow la rules tersebut.

Dia Semanis Olicandy, Olicandy selaku penaja

Dia Semanis Honey Musical ni sama macam dalam drama tapi taklah sebijik dalam drama. Ada scene yang diubah sikit2. Secara keseluruhannya, best giler! 5 bintang! Ada part happy, sedih, sweet, kelakar, serius enjoy giler! Rasa macam sekejap je duk dalam tu, eh eh dah habis.


Suara Alif Satar & Siti Nordiana tak payah cakaplah, merdu bak buluh perindu. Lakonan Ahnaf Wafiy dalam teater buat orang jatuh chenta lagi sekali haha..

Hani Safira & Ahnaf Wafiy (gmbr dr google)

By the way, watak Bella pada hari tersebut dilakonkan oleh Afi AF. Adik kecewa tak dapat tengok Nadya Syahera. Watak Adam kalau dalam drama Hairul Azreen, dalam teater Ungku Hariz. Suara dia pun boleh tahan menyanyi. Yang lain semua okay, overall terbaik!

Tak dpt jumpa Bella pun xpelah, dulu dah pernah jumpa ;)

Jam 10 malam ada break selama 15 minit. Semua ke toilet, sesak toilet haha.. Then pergi ambil gambar jap kat bawah. Then sambung teater dan tamat jam 12 tengah malam. Sebelum habis ada kejutan, Fattah Amin selaku duta Olicandy buat persembahan lagu "Kau Ilhamku". Actually nak pergi 3 Januari sebab ada Zarul Umbrella buat persembahan, tapi kerja hari tu, takde rezeki T.T Habis je teater terus pecut ke rumah, yelah dah lewat kot, esoknya kerja mata panda :p



Sebelum habis, Micheal Ang announce yang teater ni extend sampai 12 januari. Kalau ikutkan 3 -9 januari, sebab sambutan sangat menggalakkan, teater extend 3 hari, wow! Akhir kata, tahniah kpd semua pelakon Teater Muzikal Dia Semanis Honey, memang terbaik! Harapnya lepas ni dah move on, dulu dah habis drama lama giler nak move on, asyik ulang lagu Memori Berkasih & Akhiri Penantianku je, hehe..


Thanks for reading this entry! :)

p/s: Jauh.. ku berharap, kembali kau padaku, akhiri penantianku...

No comments:

Post a Comment