Thursday, January 05, 2017

Salon Du Chocolat @ Quill City Mall




Assalamualaikum :)

Kita kembali dalam episod 18 dalam rancangan Jalan2 Makan2! ;)
Untuk episod sebelum2 ni, boleh klik label JJMM kat belah kanan blog :)

Sebelum ni, Fatin pernah update review Dip n Dip IOI City Mall, yang kini berada di tangga keempat popular posts. Thanks for viewing! :) Actually dah lama teringin nak makan Salon du Chocolat ni. Tapi asyik tak bersempatan je.. Sampailah 2 januari lepas, Fatin offday, kakak & adik pun free, kitorang pergi Quill City Mall. Ini first time pergi sini.

Preview sikit :)

Mula2 kitorang lunch kat Sushi King. Then, lepas solat zuhur kitorang join Fedora main kat Kid's paradise. Lepas tu kitorang minum petang kat Salon du Chocolat kat ground floor.








Rambang mata jugak bila tengok menu, rasa nak try semua!






Fatin order Fettucini Crepe, Brownies Crepe (untuk kakak) & Salon Crispy (untuk adik). Tapi kitorang share la rasa2 semua kan :)

Fettucini crepe (regular)  RM23.50

Brownies crepe RM28.00

Zoom sikit layer brownies


Sampai terbalik brownies tu nak bedah siasat punya pasal :p

Salon crispy (RM13.50)

Dari tepi pulak

Semua sedap! Fatin paling suka Fettuccini Crepe tu, dengan aiskrim vanila lagi, pergh terliur plak sekarang ni.. Lepas makan mesti minum air mineral sebab manisss.



Buat chocolate lovers kat luar sana, mohler pergi ke Salon du Chocolat ni! :D
Nah ni ada info pasal chocolate untuk korang.


p/s: Konon azam tahun baru nak kurus, baru 2haribulan dah melantak :p

No comments:

Post a Comment