Thursday, December 29, 2016

Malaysia Thailand Halal Food Festival 2016




Assalamualaikum :)

Kita kembali dalam episod 17 dalam rancangan Jalan2 Makan2! ;)
Untuk episod sebelum2 ni, boleh klik label JJMM kat belah kanan blog :)

Okay kali ni Fatin nak bawak korang makan makanan Thailand, tapi bukan kat Thailand, kat Shah Alam je ;) Korang boleh waze je Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor. Pesta ni terletak betul2 depan sekolah SMK Seksyen 7 Shah Alam.

Sebelum ni Fatin tengok kat fb ramai orang share pasal Pesta Makanan Thai ni, sampai terliur dibuatnya.. So dah alang2 offday hari ni, Fatin ajak adik pergi sana. Benda pertama yang Fatin nak try adalah pulut mangga! Dah lama giler weh teringin nak makan, akhirnyaaa! Sedap giler, makan sorang je ni hehe..

Pulut mangga RM7

Orang Thailand panggil Nasi Puluk Pauh

Sebab kedua, pau ayam panggang. Kalau dulu pau cendawan tengah viral, sekarang mungkin pau ayam panggang. Comel sangat bentuk dia! Nak makan pun sayang, haha :p





Then, aiskrim gulung. Kalau sebelum ni tengok je video orang share proses aiskrim gulung, sekarang tengok depan mata dan rakam sendiri. Boleh usha kat my IG story sebelum dia hilang hehe..




Aiskrim gulung keladi RM6

Lepas aiskrim gulung, beli aiskrim kelapa pulak. Tapi terlupa nak snap gambar. Terus ngap je huhu..

Aiskrim kelapa RM8. Screen shot dari IG story adik

Adik beli churros & pandan dip. Okaylah, not bad churros dia..

Churros RM8

Adik beli sotong, okaylah, tapi pedas sikit.




Sotong secucuk RM7

Ni pun adik yang beli, air ice lemon tea, tapi kat atas ada macam onion ring tapi bukan onion lah ayam kot. Bila tanya adik, dia kata tak tahu. -.-




Ada jugak makanan yang tak dapat nak beli, banana pancake, tapi tak jumpa pulak mana gerainya. Tomyam pun tak sempat nak cari. Lagipun masa tu dah kepenatan beratur dalam kepanasan membara kat dalam tu. So lain kali je lah..

Tiga beradik melantak :D Excuse muka berlengaih

Panas terik pun nak ootd :p

So korang yang nak rasa makanan Thailand, boleh la pergi ke sini. Pesta ni sampai 1 Januari 2017, bermula 10 pagi ke 11 malam.




1 comment: