Saturday, July 16, 2016

Raya 2016 : Excited Tahun Pertama Beri Duit Raya



Assalamualaikum :)

Salam 11 syawal!
Sempat lagi kan nak wish, Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca blog ni, maaf zahir batin :)

Tahun 2016 ni tahun pertama Fatin beraya sebagai orang yang bekerjaya, maka tak lagi mendapat duit raya sebab dah kerja. Dah 23 tahun menerima duit raya, kini tiba masanya untuk memberi. Walaupun pasa mulanya sedih jugak sebab tak dapat nak kumpul duit raya dah. Tapi ingatkan diri sendiri, memberi adalah lebih baik daripada menerima :)


By the way, cakap pasal duit raya, start tahun lepas mak ayah bagi kitorang duit raya waktu bulan ramadhan, lepas dengar ceramah Ustaz Kazim.


Bulan ramadhan kan pahala digandakan, mohler kita merebut pahala yang ada. :) Tapi mana orang yang terdekat je sempat hulurkan waktu ramadhan, yang orang jauh bagi waktu syawal.

Excited jugak sebenarnya bagi duit raya ni hehe, bagi kat mak ayah, adik2, anak2 buah dan sepupu. Fatin dah siapkan duit raya ni awal2 lagi, beberapa bulan sebelum puasa. Fatin ada menabung duit kertas masa start kerja dulu. So Fatin just guna duit tu sebagai modal untuk buat duit raya. Jadi, takdelah rasa gaji bulan ni habis banyak.

Tahun ni Fatin raya kat kampung ayah di Sungkai, sebab atuk tinggal sorang, opah dah meninggal :'(
Kakak2 dan abang beraya di rumah mertua, raya ketiga baru kitorang berkumpul kat kampung mak. Seronok sangat dapat berkumpul semua, baru complete, alhamdulillah :)


Fedora terlindung kat gambar family, nah gambar dia seketul ;)
Baju raya pulak, Fatin dah beli awal2. Awal2 ni maksudnya 6 bulan lepas, awal tak? :p Fatin beli 2 helai jubah masa year end sale Muslimah Clothing dot com (MCC) tahun lepas. Year end sale tau2 je la kan, murah giler, so beli then simpan dalam almari. Tahan je perasaan nak pakai hahaha ;) So baju raya memang tak fikir dah. Shawl pun pakai apa yang ada je. Tak tahu kenapa sekarang suka beli jubah, baju kurung dah jarang beli, maybe dah puas pakai baju kurung waktu zaman study dulu kot :)

1 syawal
2 syawal
3 syawal
Outfit of the day (ootd) raya untuk 3 hari je, yang lain recycle balik baju raya tahun lepas. By the way, jubah colourful 2 syawal tu kain Fatin beli kat instagram cikta_cotton, kain sejuk dan selesa, nak beli boleh follow IG dia. *sempat promote* ;)

No comments:

Post a Comment