Thursday, June 30, 2016

Post accident




Assalamualaikum :)

Entri ni nak cerita kisah lepas accident. Aku cuti 4 hari, lepas tu masuk kerja macam biasa. Masa tu muka memang berparut lagilah, luka kat tangan dan kaki start kering tapi still sakit bila bergerak. Muka aku tebal je nak hadap customer. Aku harap diorang buat2 tak nampak je lah parut tu kan.. Ada satu customer ni, masuk je kedai, aku senyumlah kat customer ni. Then dia cakap, "Eh awak accident moto ke, muka tu ada calar2" Ni yang aku taknak dengar ni -.- Aku pun angguk & senyum jelah mampu.. Then, barulah dia cakap apa masalah dia etc. Lepas accident tu aku beli Mora Argan Oil & Cleanser sekali.


Sebab aku tengok review co-founder Mora, Molkhan kat ig dia, accident moto jugak, nampak okay bila pakai Mora.


So, aku cam terpengaruh sikitlah haha.. Tapi aku memang ada plan nak beli Mora masa Mora launch dulu, tapi aku nak tunggu skincare sekarang habis dulu, taknaklah duk pakai campur2 skincare, kang tumbuh jerawat setaman, jenuh pulak :p Cukuplah zaman tuk kaduk dulu muka aku teruk huhu..

Kebetulan aku accident & skincare pun dah nak habis, aku pun belilah Mora kat agent yang dekat dengan rumah aku. Asalnya nak COD, tapi takde cash pulak, nak pergi ATM satu hal pulak kan, so by post jelah. Sampai je Mora, terus pakai, excited nak tunggu hasil.

Aku baca kat IG, Mora ni takde bahan aktif, so perubahan akan nampak lambat sikitlah, dalam 2 minggu. Takpelah, dua minggu pun still before raya, kira sempat jugaklah untuk hilang kan.  Agen tu bagitahu aku, luka memang kena kering before apply Mora. Then after 1 week aku pakai Mora, parut semakin pudar dan tertanggal dengan mudahnya keruping2 tu (kulit nipis yang kering pada luka).

Aku send pic aku kat agen tu, dia minta izin nak post kat IG, aku okay je, sebab IG dia je. Tetiba keluar noti, kawan mrsm aku Isz mention kat gambar testimoni aku. Ha? Sekali dia post kat IG Mora Essential daaa.. Segannya weh haha.. Yang muka sebelum tu tak menahan, bibir angelina jolie uolls, ko hado? :')


Tak lama lepas tu, agen tu ada jugak post kat IG dia.


Bila tengok #morafeedback, habis terpampang muka aku kat instagram haha.. Kawan2 aku kata, abislah famous aku dari Mira Filzah. Haha, takde maknanya, testimoni je kot, mana boleh lawan tauke ;) 


Ramai jugak yang terkezut dengan testimoni aku tu, bagi diorang 1 minggu tu sekejap, berat mata memandang, berat bahu memikul, aku rasa 1 minggu ni lama weh, sebab kena tebal muka nak hadap customer dengan muka cenggitu. Kakak aku lagilah, dia tanya aku testimoni aku tu pakai filter ke tak, hey, kalau pakai filter tak payah nak pakai apa2 produk :p

Masuk harini dah hampir 3 minggu, parut dah samar2. Pagi tadi aku pergi facial dengan mak aku, before dia buat extraction white head & black head, aku cakap kat therapist tu, yang aku accident 12hb hari tu, ada parut sikitlah, and elakkan dia picit kat kawasan tu, takut sakit hehe.. Dia kata eh, tak cepatnya hilang parut tu. Aku cakaplah aku pakai Argan Oil. Then dia kata, "Adik dia accident moto jugak baru2 ni, nanti nak suggest Argan Oil jugaklah"

Harapnya pagi raya nanti muka flawless macam Mira Filzah hehe :p
Bila aku fikir balik, alhamdulillah, luka aku cepat sembuh ni bukan sahaja sebab Mora, tapi jugak berkat doa family dan kawan2 semua, thanks semua yang mendoakan aku <3

By the way, actually bukan muka je affected, gigi pun sama, satu gigi depan aku chip (sumbing) sikit. Aku dah pergi Pusat Pergigian UiTM Sungai Buloh untuk check up. Bad news jugak untuk gigi tu. 12 julai ni follow up. Nanti baru decide either nak buat rawatan akar ke tak. Gigi yang chip tu dentist dah tampal. Barulah aku confident nak senyum, thanks doc! :)



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
(Ayat 2, Surah Al-Baqarah)

No comments:

Post a Comment