Wednesday, December 16, 2015

Kisah pahit PMR 2007




Assalamualaikum :)

Kelmarin result PT3 keluar, tahniah kepada semua yang berjaya mendapat result yang gempak! *thumbs up*

Tahniah jugak kepada adik Fatin yang dah lepas PT3, tak dapat straight A's tak bermaksud gagal dalam hidup, perjalanan masih jauh lagi, SPM, diploma/matrik/asasi, ijazah, dan seterusnya. Tapi ada lagi satu benda yang susah, misi cari jodoh :p

Fatin nak throwback cerita zaman 8 tahun lepas.
Maybe boleh jadi inspirasi kepada adik2 yang tak dapat staright A dalam PT3.

Aku adalah salah seorang yang  kecewa dengan result PMR. Mana taknya, trial PMR yang susah tu dapat 8A, tetiba PMR dapat 7A 1B. B untuk english. Tak tahulah sama ada aku terlebih confident ke apa, waktu jawab paper tu, idokler ingat dah..

Masa result keluar, mak ayah pergi haji, so pergi tanpa ditemani mak ayah. Bila nak ambik result tu, Puan Zulraidah, guru kelas waktu tu, dia cakap, "Fatin, kena redha dengan result ni" Aku pun cuaklah, then tengok result ada satu B.

Okay...

Air mata dah mula nak menitik. Dari kantin, aku berjalan laju ke court badminton. Aku keluarkan handphone nokia 3310, jangan gelak, tu first handphone aku okayyy, kalau baling kat dinding, dinding retak, handphone maintain elok :p

Aku call rumah, tapi takde orang angkat. Aku call kakak sulung aku, Kak Ana. Dia angkat, then aku bagitahu result sambil menangis. Aku dah boleh control dah waktu tu, nangis je lah, dah sedih kan..

Balik rumah, baru dapat call mak ayah kat mekah. Aku sedih sebab tak dapat gembirakan diorang. Aku nak mak ayah aku bangga dengan pencapaian aku. Sebab aku tahu, walaupun diorang nampak tenang je, jauh di sudut hati aku tahu diorang kecewa sebab aku pun kecewa dengan result aku tu.

Cuba bayangkan kau dah dapat straight A masa trial, cikgu dah tempatkan kau dalam kelas gerak gempur yang semuanya pelajar harapan untuk dapat staright A. Tetiba kau tercicir, kau tak menepati sasaran cikgu. Cikgu2 aku pun terkejut, lagi2 guru kelas yang rapat dengan aku, Cikgu Zulraidah. Aku penolong ketua kelas, so aku rapat dengan Cikgu Zulraidah. Dia banyak memberi semangat waktu down. Rindunyaaa kat cikguuu!

Then lepas tu isi borang untuk semak semula, dan still sama, B. Okay, memang takdir aku dapat 1B dalam PMR. UPSR aku dapat 5A. Masa mula2 tu rasa tak dapat terima kenyataan, aku cakap kat diri aku, aku nak balas dendam masa SPM nanti. Aku akan pastikan aku dapat straight A untuk SPM.

Tak cukup lagi diuji dengan result PMR, diuji lagi dengan kawan2 rapat yang dapat 8A masuk asrama. Sedih tak payah nak cerita.

Alhamdulillah, aku dapat masuk MRSM dengan 7A1B tu, intake ke berapa aku tak ingat, last intake agaknya. Aku daftar lepas habis cuti sekolah pertengahan tahun. Aku dapat surat tawaran waktu cuti sekolah. Tak sempat nak say goodbye pun kat kawan2. Sedih jugaklah.. :(

Dipendekkan cerita, walaupun aku tahu tak pendek pun entri ni, hehe, dendam aku terbalas. Alhamdulillah, aku berjaya meraih 10A dalam SPM. Itu semua hasil penat lelah belajar di asrama, hasil didikan guru2 dan bantuan rakan2. Daripada menangis kekecewaan ketika ambik result PMR, aku menangis kegembiraan masa ambil result SPM. Aku pun tak tahu macam mana boleh menangis kegembiraan, itu first time aku happy sampai menangis. :')

Jadi, kepada adik2 yang sedih dengan result PT3 terutamanya adik saya yang terchenta, Alia, be strong, ini bukan pengakhiran, perjalanan masih jauh.

Good luck adik2! :)

Kenangan kelas 3K

No comments:

Post a Comment