Monday, December 21, 2015

Daler Yusuf's Birthday Bash 2015 @ Karangkraf




Assalamualaikum :)

Kelmarin Fatin offday, so berpeluang untuk menghadiri Daler Yusuf's Birthday Bash di Karangkraf Shah Alam. Pada mulanya event ini dinamakan 'Magical Day with Daler Yusuf', then bertukar menjadi Daler Yusuf's Birthday Bash. A surprise birthday party for Daler! Tema event adalah black and white.

Actually birthday Daler lambat lagi, 31 Disember, tapi celebrate awal sikit :) Fatin tengok ramai fans dah wish birthday kat fb, twitter, ig, birthday daler 31 haribulan ye kawan2 :) Majlis bermula sekitar jam 2 petang di Kafe Karangkraf. Bila Daler masuk je kafe, "Surprise!"


Then semua menyanyikan lagu "Happy Birthday" dan Daler pun potong kek.

Happy 24th birthday in advance Daler! :)
Lepas tu makan! Banyak makanan, semua sedap!

I like to eat kuey teow! 
Makan!
Candy buffet
Cantik!
Lepas makan, ada sedikit games and then sesi autograf.


Sebelum balik, sesi bergambar! :)

Takde sape yang sudi jadi Mr Right ke..
Are you Mr Right? Because you sit right next to me.. ;) ‪#‎siscuba‬


Fatin suka dekorasi kafe ni! Cantik sangat! :D





Outfit of the day (ootd)
Terima kasih kepada Daler Official FC menganjurkan event ini, Kak Reen, Kak Manja, para penaja dan semua fans yang awesome! Thanks jugak kepada my little sister, Alia temankan hehe.. Tak lupa kepada Daler yang sudi meluangkan masa bersama fans, dia sangat friendly, tak sombong, sangat rajin melayan kerenah fans, thanks a lot Daler! :)


Dapat fridge magnet comel dari raredoorgiftmalaysia :)
Thanks Salees, semua sedap! 
By the way, Daler just won 'Most Gorgeous Man' and 'Most Beautiful Skin' by Female Magazine, congrats Daler!


Bagi anda yang tak mengenali siapa Daler Yusuf ini, beliau merupakan seorang model berasal dari Uzbekistan. Ibunya berasal dari Kelantan. Beliau dah jadi model untuk banyak iklan komersial, antaranya Baskin Robbin, Samsung, Celcom, dan banyak lagi. Baru2 ini beliau berlakon sebagai Mika Chanarong dalam drama bersiri Tuan Anas Mikael. Itu serba sedikit mengenai Daler Yusuf.

Mika Chanarong dalam drama Tuan Anas Mikael
Gambar Daler juga pernah menjadi viral di laman sosial apabila diperkatakan mempunyai 'husband material'. Korang boleh baca di blog Oh Bulan di SINI.

Kata Daler, beliau akan berlakon dalam satu drama untuk slot Zehra pada tahun hadapan dengan watak jahat. Dia kata, "Tolong jangan benci saya", hehe, kalau benci tu maksudnya watak yang dibawa dengan baik la kan? :)

Okay, sampai di sini sahaja entri Fatin untuk kali ini. Dah lama tak jadi wartawan, dulu selalu update blog pasal Adam AF, kumpulan VIP & Fadlan, sekarang Daler Yusuf pulak :)

Kepada fans Daler boleh follow instagram @dalerofficialfc untuk update terbaru pasal Daler dan instagram Daler sendiri, @daleryusuf.

To Daler, all the best in your career! Be yourself, jangan sombong, don't forget your fans, we will always support you :)


Some pictures credit to ig Daler Offical FC, ig Daler Yusuf dan fb Daler Yusuf.

No comments:

Post a Comment