Saturday, October 10, 2015

My first time facial treatment experience




Assalamualaikum :)

Semakin berumur ni tetiba terdetik nak jaga kecantikan kulit.
Ceh berumur macam dah masuk 4 series je :p
Eh, bukan nak kahwin ke apa eh, jangan husnuzon sangat, calon pun takde ;)

Biasalah, dapat first gaji, rasa macam dapat satu juta, hahaha :D
Actually sebelum start kerja Fatin dah wishlist nak beli itu ini.
Tapi takdelah nak settlekan semua wishlist semua sekali, tu semua nafsu semata, syaitonirrojim!

Reminder untuk diri sendiri dan semua, jangan lupa bagi sedikit kat mak ayah, sekaranglah masa untuk berbakti kepada mak ayah, walaupun tak banyak, mak ayah dah rasa gembira :')
Then, simpan untuk masa depan dan settlekan wishlist (mana yang boleh)!

Berbalik kepada topik, kakak ada kata nak pergi facial. Nak ikut! Tak pernah pergi facial lagi..
Dah 23 tahun hidup, ni first time (tolong jangan gelak). Tapi iolls ada bajet jugak, iolls bajet bawah RM100 je untuk first time ni.

Kakak scroll IG, jumpa ada spa buat promo, dari RM168 ke RM98. Ok, cun!


Amaryllis Wellness Sri Gombak. Dekat je dengan rumah.
Kakak pun pernah pergi sekali kat sini, dia kata okay. So let's try.




Sampai sana, kena isi borang, then dia bagi minum teh.
Mula2, dia suruh rendam kaki dalam air suam berisi garam himalaya selama 5 minit.

Then, facial treatment starts. Fatin tak ingatlah semua step, duk sibuk menghayati muzik kat spa sambil melayan fikiran. Cleansing, exfoliation, massage, steaming, extraction, facial serum & facial mask. Semua part best, tapi part extraction tu memang sakit woo, dia nak buang white & black heads tu perghhh, nak nangis rasa.

Esthetician tu tanya, "Dah lama tak buat facial ke?". Fatin pun katalah, "Ni 1st time". Then, dia kata, "oo, patutlah banyak". Lepas dah habis semua, dia urut badan sikit, iyelah baring, urut sikit bagi segar.

Lepas tu tengok muka merah2. Yup, perkara biasa lepas facial.
Tapi lepas sehari dah hilang. Iolls tak sanggup nak upload T.T

Fatin ada baca artikel 'First time getting facial? Here's what you can expect?'
Banyak membantu jugak, korang boleh usha kat link atas.
Facial ni sebaik-baiknya buat sebulan sekali.
Harapnya dapatlah teruskan facial untuk bulan depan, insya Allah :)

Habis dari facial, singgah Sangkaya makan ice-cream.



First time nak rasa Sangkaya, hari tu dah rasa Nutty Coco kat Wangsa Walk.
Fatin rasa Sangkaya lagi sedap! Masing2 punya lidah la kan :)

Sangkaya signature

Kakak order Classic chendol. Sedap jugak!

Idokler kamera fokus tang ice-cream, chendol blur -.-
Sorry kalau ada gamba yang blur, next time kena tukar iphone kot :p

Thanks for reading this entry, jangan lupa datang lagi :)

4 comments:

  1. Fatin, kalau amek jpa n amek course optometri, kena bkhidmat dgn krjaan x lpas hbis kerja? Ad x mcm housemanship ke mcm dktr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berkhidmat klu jpa panggil sbb kekosongan xbnyk, tapi bukan housemanship mcm dktr, kerja mcm pegawai kerajaan lain.

      Delete
    2. Oo..fatin amek jpa kn, tp xterikat la ea sbb kksgn xbyk

      Delete
    3. yup, jpa. itulah, klu ada rezeki, dptlah, klu x, keje kedai spec :)

      Delete