Monday, October 12, 2015

Let's do experiment at The Chemistry Cafe!




Assalamualaikum :)

Kita kembali dalam episod 11 dalam Jalan2 Makan2! :D
Untuk episod sebelum2 ni, boleh klik label JJMM kat belah kanan blog :)

Dah lama teringin nak buat eksperimen (makan) kat The Chemistry Cafe + Lab!
Plan dengan classmates tak menjadi, ada sekali tu pergi sana tutup, sekarang dah habis belajar baru berkesempatan.
Better late than never! :p



Fatin suka tengok dekorasi kafe dengan periodic table, tabung uji, conical flask, fefeeling dalam makmal buat eksperimen.




Teringat zaman form four & five buat eksperimen kimia, masa awal belajar kimia excited giler belajar, buat chemical equation, hafal periodic table, sekarang jangan tanya weh, tak ingat satu apa pun, nampak sangat belajar untuk exam! :p

Actually pergi Shah Alam teman kakak hantar Noritake kat customer. 
Korang boleh usha fb Malaysia Corelle Store or instagram Fabulous Fedora untuk tengok pinggan mangkuk or barang2 perkakas dan hiasan rumah. Sempat promote! :)

Then, pergi uitm shah alam pergi mohon salinan official transcript untuk apply lesen optometrist.
Lepas tu, singgah Chemistry Cafe kat Shah Alam! By the way, Chemistry Cafe dah bukak cawangan baru kat Bangi.






Kitorang order Seafood Aglio Olio, The Bomb Chiller, Lady Boss Latte Hot and Triple Choc Waffle.
Harga boleh tahanlah, dalam berbelas hengget setiap hidangan.
Seafood Aglio Olio - RM15.90
The Bomb Chiller - RM14
Lady Boss Latte Hot - RM13
Triple Choc Waffle - RM14.90



My sis <3
Meh tengok apa eksperimen iolls :p

Tujuan eksperimen :
Untuk mengkaji hubungan antara kuantiti 'solid food' & isipadu 'chemical solution' yang diperlukan dalam tubuh manusia ;)

Pembolehubah:
Manipulasi : Kuantiti solid food
Bergerakbalas: Isipadu 'chemical solution'
Dimalarkan: Saiz tubuh badan manusia

Hipotesis:
Semakin banyak makanan 'solid food' yang dimakan, semakin banyak isipadu 'chemical solution' yang diperlukan oleh tubuh manusia, jika makanan tersebut pedas! Hehehe :p

Eksperimen tak boleh pakai ni, hahaha, actually seafood aglio olio yang kitorang makan tu pedas sikit, berasap jugaklah telinga ni hehe, tu yang bergelen air minum, nasib baik air dia portion besar. Yang Hot Lady Boss Latte kakak tak habis take away je, sebab Fedora mengamuk nak main kat luar. Kelam kabut Fatin menghabiskan makanan sampai licin!

Last but not least, Fatin ada jumpa reminder bertemakan chemistry :)



No comments:

Post a Comment