Friday, March 06, 2015

Belajar Optometri




Assalamualaikum :)

Baru2 ni Fatin tukar semua bio kat profile twitter, blog and insta dengan meletakkan emel Fatin untuk nak ajak korang kat luar sana datang check mata kat Puncak Alam ni. Untuk pengetahuan anda, Fatin dah final year sekarang, alhamdulillah, so this is my last semester before I graduate, insya Allah, doakan.. :)

Sem ni jugak my junior pun dah start klinik diorang jugak, so kitorang berebut patient lah.
So macam2 kitorang perlu buat untuk mendapatkan patient dengan pelbagai cara, sebagai contoh bagi cenderahati kat patient macam button badge comel ni :)

Comel kan? Jom check mata! :D
Lepas tu edarkan poster kecik beserta kad nama dengan harapan orang tu akan contact kita untuk check mata. Tapi sob sob.. Kita yang kena ambik nombor contact diorang actually. Iyelah, kita faham, student busy kan, husnudzon...


So another alternative yang Fatin buat Fatin letak email address kat segala laman sosial dengan harapan ada orang contact nak jadi patient untuk check mata. Nak bagi no phone kang nanti ada yang nak mengurat pulak, ahaks, terlebih sudah :p Bercita-cita tinggi betul hahaha.. Eh, betul apa, boleh cari pemilik tulang rusuk sekali kan? :p

Okay berbalik kepada point tadi, so ada saudari ni dari matrikulasi Selangor ni emel Fatin untuk tanya pasal optometri. Mula2 ingat nak jadi patient, rupa2nya nak tanya soalan. Harapan palsu je, huhu.. Tapi takpe. sharing is caring kan? Fatin pun dulu tanya optometrist gak, kawan kakak Fatin. Add fb dia sebab nak tahu pasal opto.

Fatin dah reply dah emel dia. Then, kat blog ada beberapa carian dari google masuk ke blog pasal 'Belajar Optometri'. So, kita share lah serba sedikit pasal opto ni.

Optometri ni orang selalu salah anggap, ingat optometrist tu doktor mata. Jangan keliru ye adik2, doktor mata tu ophthalmologist, macam Prof Muhaya tu. Kalau nak jadi macam beliau, kena ambik medik & sambung pakar mata.


Kalau nak pilih optometri, boleh ambik lepas habis matrik sama ada sains hayat atau sains fizikal. Macam Fatin dulu dari asasi UM, ambik sains hayat. Lepasan diploma pun boleh, tapi tak sure course apa yang boleh, macam classmate Fatin, diorang dari diploma farmasi, diploma sains & diploma teknologi makmal perubatan. Soalan inilah yang saudari tu tanya Fatin, sebab dia sains hayat, dia tak ambik fizik then dia risau. Saudari tu jugak minat sangat kat opto ni, letak 1st choice dalam upu.
All the best adik! :)

Okay berkaitan dengan subjek pulak, subjek2 berkaitan dengan fizik, biologi & kimia. Tiga serangkai. Kalau subjek berkaitan fizik macam optics, visual optics & light and colour perception, Kalau biologi pulak macam anatomy and physiology, pathology & ocular anatomy. Kalau kimia tu macam dalam biochemistry, pharmacology & ocular pharmacology.

Kalau dalam 4-5 semester awal tu korang akan belajar teori, then sem 6 masuk klinik. Sebelum tu, waktu cuti sem 5, ada praktikal kat kedai cermin mata. Dan semasa cuti semester 6, korang akan praktikal di jabatan oftalmologi hospital kerajaan. Sebelum tu, ni merujuk kepada akak punya syllabus tau, kalau zaman korang nanti kalau tak silap syllabus dah tukar sikit, akak tak sure.. Eh, sejak bila ber'akak' ni? :p


Okay lah, itu secara ringkas pasal optometri ni. Kepada lepasan matrik / asasi / diploma, boleh mohon optometri di IPTA/IPTS yang korang idamkan. UiTM, UIA, UKM, MSU, Twintech & SEGi. All the best adik2! :D

Sebelum tu, macam biasa, kalau tak promote tak sah. Kalau nak check mata, jom datang Klinik Optometri UiTM Puncak Alam untuk mengetahui status kesihatan mata anda yang cantik tu! *winkwink*
Details boleh usha kat SINI.
Adik lepasan asasi/matrik habis bulan april kan? Lepas habis tu datang puncak alam eh.. ;)

Update 16/7/16.
Untuk optometri uitm, sekurang-kurangnya pointer 2.75, tapi kebanyakannya masuk pointer dalam 3.50 dan ke atas.

 
 
UPDATE 19/4/2017
 
Sambungan entri ini boleh klik -> Belajar Optometri Part 2
 

Thanks for reading this entry :)


23 comments:

  1. Lepasan matrik rata2 berapa pointernya?

    ReplyDelete
  2. Salam . kak average cgpa student yg dpt masuk course ni berapa eh and boleh saya tahu batch akak yg dpt course ni berapa org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. sekurang-kurangya 2.75, tp kebanyakannya masuk 3.50 ke atas. Batch ktorg plg ramai, 52 org. biasanya dlm 30-40 org.

      Delete
  3. akak. saya dpt situ jugak upu nanti. opto ni brape lame eh?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam iffah, klu x silap muet band 3.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  6. Assalamualaikum ,saye mengambil jurusan sains teknikal ketika di sekolah menengah iaitu subjek (fizik,kimia,matematik tambahan,lukisan kejuteraan,dan teknologi kejuteraan) tetapi saye tidak mengambil bio,
    Persoalanya bagaimana saye hendak sambung ke bidang optemetri, adakah dengan melalui stpm dan jurusan ape yg sesuai ketika di STPM untuk menyambung kos ini ataupun ade care lain yang lebih baik untuk pilih bidang ni? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, boleh melalui STPM, boleh refer kat gambar yang saya update, saya tak pasti jurusan apa, tapi perlukan Biologi / Fizik.

      Delete
  7. salam sis sy nk tye kos nie memang fizik kene strong ke? and biase kn setiap sem brpe subjek yg belajar? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, sorry lmbt reply. yup, tapi bukan fizik je, bio pun. setiap sem dlm 8-9 subjek.

      Delete
  8. Assalamualaikum, saya nk tanya.. Kalau dh habis belajar opto ni.. apa pekerjaan yg boleh kita dpt??..pastu kalau ambik course ni boleh jadi doktor mata ke atau yg doktor mata tu couse ophtalmologist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, pekerjaannya optometrist. Boleh kerja kat kat hospital atau kedai spec. Tak, optometrist bukan doktor mata. Yup, opthalmologist tu doktor mata, ambik medik & sambung pakar.

      Delete
  9. salam, boleh tak tolong buat post course outline untuk optometri uitm?>

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, okay, insya Allah, nanti sy free sya akan update ya :)

      Delete
    2. assalamualaikum.. bleh x sy nk thu course outline.. sbb sy nk apply opto dkat uitm

      Delete
  10. Salam kak.kalau opto subj apa yang paling kena kuasai?antara phy
    ,chem dgn bio?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, semua kena kuasai, physics (subjek optics), chemistry (subjek biochemistry) , biology (subjek anatomy) :)

      Delete
  11. can I have your email? I have something to ask u regarding optometrist

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum akak... math saya dpt c.. pointer upu saya 2.85... pointer uitm 3.08... ada harapan x nk mnx opto? saya asasi uitm :)

    ReplyDelete