Saturday, February 28, 2015

Meet & Greet Penulis #DIAgnosis2 Dr Anwar Fazal & Dr Fatin Liyana sempena Grand Opening Rumoda Bangsar




Assalamualaikum :)

Sebelum tu, kasi preview gambar sikit :p


Sorry kalau tajuk panjang berjela, hehe, actually nak buat dua entri, tapi masa untuk final year project mencemburui masa untuk blogging, so kita gabungkan je la eh.. :p

Bagi yang dah baca entri Review Novel DIAgnosis2 tu mesti dah tau kesedihan yang melanda Fatin sebab tak dapat jumpa Dr AF & Dr. FL masa Sesi Meet & Greet bersama penulis novel DIAgnosis2 kat SACC hari tu. Sape yang tak baca lagi boleh usha kat SINI. Nanti tak faham jalan cerita ni pulak, haha, sambil2 tu bolehlah tau serba sedikit pasal DIAgnosis2 yang laku macam pisang goreng cheese panas tu :))

Seperti biasa, scroll IG, whitecoat post pasal sesi Meet & Greet bersama the owners of Sheejab yang juga penulis novel DIAgnosis2 iaitu Dr Anwar Fazal & Dr Fatin Liyana!


Excited aku bagitahu bestfriends kat group whatsapp. Memang semangatlah aku nak pergi sebab buku DIAgnosis2 aku tu tinggal autograf diorang je, dapat je 2 tu, GAME OVER! Dah macam main treasure hunt dah bunyinya hahaha :p

Kitorang dari Puncak Alam kul 8.40 pagi naik U90 dan U80 untuk sampai ke Jalan Riong Bangsar tu. Aku tau yang News Strait Times tu kat Jalan Riong, tapi no 31, Rumoda tu Jalan 3, aku bajet dekat je la kan, setakat jalan lenggang kangkung tu apelah sangat.. Aku siap bukak google maps lagi, tapi sesat jugak.. At last aku tanya orang and kitorang jumpa! Alhamdulillah...


Rumoda ni adalah satu butik yang ada banyak vendor, antaranya Sheejab, Suci by Yatt Hamzah, Aisha Wong, Leuniey Natasha, Shara by Puteri Sarah dan banyak lagi. Ni kali kedua aku join Grand Opening butik lepas Grand Opening Butik Siti Khadijah dulu. Kitorang masuk tengok2 jubah, shawl, dress, macam2 lagilah, rasa nak beli semua je, tapi tahan je kan, tunggu JPA masuk :p



Then, kitorang nampak Puteri Sarah kat kaunter. Cantiknya! Aku sampai je tanya pasal Dr AF n Dr FL. Semangat benor aku. Puteri Sarah kata, dia tak sure sebab dia pun baru balik bercuti dengan suami dia Syamsul. Oh ya, Syamsul Yusof tu sepupu Dr AF in case kalau korang taktahu :)


Then kitorang pergi ke tingkat atas tengok apa yang ada.
Makanan! Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, mohler kita makan! :)




Macarons!
My brunch

Lepas dah isi perut, kitorang sambung explore satu Rumoda. Then ada photobooth yang awesome, kitorang pun terjahlah posing maut bagai guna props yang ada. Eh, takdelah maut sangat pun :p


Then, kitorang teruskan menunggu ketibaan mereka. Dah jam 12, aku tanya Puteri Sarah lagi, diorang dah sampai ke belum. Dah macam member aku pulak aku buat Puteri Sarah tu hehe.. Dia kata cubalah tanya kat IG ke or mana2.. Aku pun komen kat IG white coat & tweet kat Dr AF. Dia reply' "Otw, iA". Kitorang pun lega mendengarnya ;)

Kitorang jalan2 lagi sekitar butik, aku & fyra beli shawl & kitorang dapat free gift! Yeay!

Ni shawl yang beli, cantik ala2 kain jeans ;)
Yang pink tu free gift yang semua orang dapat, yang hitam tu dapat lepas beli shawl :)
Lepas tu, kitorang sambung tunggu lagi. Kali kedua aku pergi jumpa Puteri Sarah, aku pandang je dia, dia dah tahu dah aku nak tanya soalan kat dia. Haha, aku yang segan, iyelah, mesti dia pun dah rimas, budak ni tak balik2 lagi ke, tak habis2 nak tanya aku pasal AF & FL, ingat aku ni PA diorang ke, blablabla..

Eh taklah, Puteri Sarah cakap macam ni, "Ha, macam mana? Dah dapat contact?" Aku pun cakaplah,"Dah, tadi dah tweet, doc kata otw. Takpelah, kitorang tunggu, tq. :)"

Aku pun naik atas, tengok kot2 diorang ada kat atas ke kan, manalah tau, tetiba jumpa Felixia Yeap. Omg, terus turun lari kat kawan2 aku balik, nak ajak diorang amik gambar dengan Felixia Yeap. Dah sibuk2 nak pergi naik atas, tetiba GBM histeria, "Tuuuu!" Sambil tunjuk kat aras bawah.

Dr FL & Dr AF
Dr AF & FL dah sampai! Kitorang seronok sampai lupa kat Felixia Yeap tu, hehe :p
So, kitorang pun salam peluk cium dengan Dr FL. Yes, celebrity blogger korang tu cantik, kurus, flawless as seen on her blog! :D Kitorang mengadu dengan manjanya kat FL, "Penat tau kitorang tunggu dari kul 11!" FL mintak maaf & AF pun cakap "Sorry, sorry". Takpe, asalkan diorang ada kat depan mata, hilang semua penat menunggu, hehe :)) Aku bagi buku aku kat FL & AF untuk autograf.

Yeay, dah dapat semua autograf, game over! :)
Then, GBM, Fadh & Fyra beli buku DIAgnosis2 & minta autograf sekali Kitorang dapat goodies bag dari Sheejab! Thanks Sheejab & FL. FL pun datang pakai Sheejab warna hitam. Cantik! Lepas tu kitorang bergambar dengan AF & FL.


Lepas tu kitorang sorang2 nak bergambar dengan kakpaten, iyelah bukan senang nak jumpa celebrity blogger ni kan? :)

Nur Fatin Liyana & Nurfatin Atikah
Kak paten & kak aten
Doctor & Optometrist-to-be
Celebrity blogger & Cool blogger
Yang penting sama2 Fatin!
Fatin maksudnya cantik :p
Kitorang beritahu kat FL & AF yang kitorang ni optometry student, final year. Then AF kata, "Oo, bakal optometrist la ni..". Kitorang angguk je la. FL tanya. "Nape spec mahal eh?" Haha, kitorang senyum je..

Lepas tu barulah kitorang kembali mencari Felixia Yeap. Yes, amoi berhijab tu pun cantik as seen on picture. Tenang je tengok muka dia :)


Then kitorang pun pulang dengan gembiranya! Tapi aku tak dapat bergambar dengan Leuniey Natasha, mula2 masa dia datang tu nampak, lepas tu idokler jumpa. One more thing, kitorang terlupa nak round tingkat bawah sekali, sebab kitorang banyak habiskan masa kat tingkat 2 je, huhu.. Takpelah dah tau tempat, lepas ni boleh datang lagi! :)

Seronoknya shopping, lagi2 dapat free gift! ;)
Congratulations Rumoda in your Grand Opening!



Rumoda ini bertempat di No. 3, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
Korang boleh usha IG Rumoda @rumoda.bangsar and fb Rumoda.
Kat IG Rumoda ada banyak lagi gambar cantik2.
By the way, thanks thecreativo & rjcreativer masukkan gambar kitorang dalam live update kat IG Rumoda, hehe ;)
Ini rasa nak beli dslr camera sebijik ni :p
Sape kata iolls pergi sebab nak free gift je, iolls beli shawl okayyy :p
Iolls tak cukup tangan nak bawak barang2 shopping ni :p

Akhir kata, sorry kalau entri ni panjang sangat, macam cerpen ke, banyak gambar ke, muehehehe ;)
Okay next week dah masuk sem baru, wish me luck!
Kalau nak jadi patient Fatin. nak check mata, jom datang Klinik Optometri UiTM Puncak Alam, details boleh usha kat SINI. *sempatpromote*

Bye!
*Flip Sheejab shawl* :p

6 comments:

  1. bestnya jumpa DR. FL <333
    jumpa retiss semua,untong.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, thanks for reading this entry :)

      Delete
  2. Amboi...seronok eh. Hihihi... Btw, my brother pun alumni Optometry UiTM Puncak Alam ;)

    ReplyDelete
  3. So siapakah owner Rumoda sebenarnya???

    ReplyDelete