Sunday, February 02, 2014

HIJAB EVENT 2014 @ TITIWANGSA




Alhamdulillah, tahun ini berkesempatan lagi menghadiri Hijab Event. Entri tahun lepas boleh dibaca di SINI. Kali ini Hijab Event 2014 diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Itupun kakak yang ajak, nasib baik dia ada kat Msia kalau dia tak balik takde geng la nak join, hehe :) Masa 2011, kami join event We Are beautiful, Allah Loves Us kat masjid wilayah, boleh view di SINI.


Dekorasi cantik :)
Hijab Event 2014 dianjurkan oleh Muslimah Interest Zone And Networking (MIZAN). Tahun ini tema warna purple, semua yang hadir digalakkan pakai purple :) Majlis dimulakan dengan doa, alunan ayat suci Al-Quran daripada Ustazah Zaynab Talha iaitu surah al Isra' ayat 45 & 46 dan kata aluan daripada Project Manager.


Persembahan permulaan
Sebelum start forum, Wardina bertanya kepada hadirin apakah dalil yang menyuruh kita memakai hijab. Jawapannya, surah an-nur ayat 31 dan surah al ahzab ayat 59. Ayat ini boleh digunakan apabila orang bertanya kepada kita mengapa kita menutup aurat dan memakai hijab.

Sis Wardina as moderator
Forum pertama bertajuk "Hijab Empowerment : Cover Your Awrah Cover Your Qalb". Moderator forum adalah Sis Wardina Safiyyah dan speakers terdiri daripada Assoc Prof Dr Fadila Grine (Pensyarah Universiti Malaya), Dr Mohd Naim Mukhtar (Hakim Mahkamah Syariah) dan Aliza Kim (Public Figure, ex International Model).

Forum pertama
Aliza Kim merupakan seorang pelakon dan model dari Thailand. Ayahnya seorang paderi. Dia dibesarkan dengan pegangan agama Kristian yang kuat, bersekolah dia di religious school. Tapi dia hairan di sana, jika ada yang tak bersefahaman dalam satu gereja, orang itu akan bina satu lagi gereja. Aliza banyak mengkaji dan membaca buku untuk mencari kebenaran.

Aliza Kim as one of the speakers
Pada satu hari, ada kawan ajak dia ke kelas. She liked the class, the teacher but not Islam yet. Makin lama makin banyak dia belajar tentang agama Islam. Alhamdulillah, dia memeluk agama Islam pada Januari 2013. tapi dia baru announce sebulan yang lepas. Dia menyangkakan ayahnya akan menentang keras, tetapi ayahnya kata, agama bukan paksaan dan dia bebas memilih.

Assoc Prof. Dr Fadila Grine pula berkata bahawa Allah lebih melihat hati berbanding rupa kita. Allah loves your effort to try be near to HIM. You should pull your level of Iman higher everyday. We should have checklist before wear the hijab. Is the hijab to attract or protect? Yes, to protect ourselves. We should be the muhajabah with akhlak, hijab beautifies our soul. Betulkan niat, we wear hijab only for Allah, closure to Allah and to please Allah. Hijab will be our CROWN in jannah, insya Allah.. Hijab is a lifestyle, not only a piece of cloth. When looking at the mirror, try to look at your heart, not only look at your face. Then we say altogether, "I'm a muhajabah with akhlak and insecurity and for the sake of Allah." we are beautiful inside.  By the way, the term muhajabah is a person wear hijab because she want to wear hijab,

Then Wardina menambah, nanti bila kita tengok cermin, kita betulkan niat, "Ya Allah, aku pakai tudung kerana-Mu Ya Allah, untuk-Mu Ya Allah.

Dr Naim Mokhtar pula mengulas tentang keperluan wanita mengetahui tentang hak dan undang2. Beliau menceritakan tentang seorang wanita berusia lingkungan 60 tahun, baru mengetahui tentang adanya fasakh setelah terdengar daripada seorang ustaz. Setelah 40 tahun hidup bersama suaminya yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, kini baru melaporkan kepada mahkamah. Jadi, pentingnya ilmu pengetahuan tentang hak dan undang2 bagi wanita. Seperti yang terdapat dalam surah Az- zumar ayat 9 tentang ada perbezaan antara orang belimu dengan tidak berilmu. "Katakanlah adakah sama orang2 yang berilmu dengan orang2 yang tidak berlimu? Sesungguhnya orang2 yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang2 yang berakal sempurna.

Forum kedua pula bertajuk "Hijab from the heart: A Sharing Session" by Catriona Ross, Sharifah Sofia & Dina Al Mashoor. Mereka menceritakan tentang pengalaman memakai hijab, ada yang mula memakai hijab selepas putus cinta, ada yang hanya memakai untuk menjadi model sahaja, tapi kemudian berterusan. Ada pula yang mula memakai hijab selepas mencuba shawl di butik dan terbuka hati untuk bertudung. Subhanallah, Allah Maha Memberi Petunjuk. Salah seorang speaker ada yang mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan rakan. Alhamdulillah, Allah teguhkan hatinya.

Dari kiri, Catriona Ross, Farhana, Dina Almashoor, Sharifah Sofea
By the way, semalam, 1 Februari merupakan World Hijab Day, yang mana disambut oleh lebih 50 negara di dunia. Namun, jangan salah faham, kita sebagai muslimah perlu memakai hijab setiap hari, bukan hanya pada hari World Hijab Day. Tetapi, hari World Hijab Day ini, wanita non-muslim dan muslim yang belum berhijab digalakkan memakai hijab untuk merasai pengalaman berhijab untuk satu hari. Semoga Allah bukakan hati mereka untuk berhijab dan menerima Islam sepenuhnya.


Persembahan penutup
Setelah tamat program, Fatin berpeluang bergambar dengan Sis Wardina dan Sharifah Sofea.

Kak Dina is beautiful inside and out <3
Sharifah Sofea with her cute baby
Tak ketinggalan jugak bergambar dengan kawan MDS uitm, Amira Safwani, dia jadi ajk event. 

With Mira
Last but not least, if you strengthen your relationship with Allah, other (bad) thing does not mean anything to you. We are beautiful, Allah loves us. Spread more love, do more good.

Goodies bag :)
#ootd
p/s: Insya Allah kalau ada rezeki, nak join lagi hijab event tahun depan :)

8 comments:

  1. Assalamualaikum... Seronoknya klau dapat hadiri event2 sebegini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, insya Allah akan ada lg next year :)

      Delete
  2. wah bestnyer...bagus ada event2 mcm ni..teringin nk join

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah akan ada lg next year, jom join :)

      Delete
  3. Salam dik, cmne kita nk join event camne..so thn ne dh terlps.so kena tunggu next year la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, yup, kena tunggu next year, biasanya tgh bulan 1 dah kuar poster & start daftar, event dlm awal bulan 2.

      Delete