Friday, May 03, 2013

Sedikit nikmat ditarik akibat dadah

Assalamualaikum..

Ok, tajuk entri tak boleh nak gempak lagi kan? hewhew
Di sini Fatin nak berkongsi sedikit pengalaman berkenaan tajuk di atas.
Khamis lepas, saya dan rakan2 pelajar optometri tahun dua yang lain seperti biasa ada Lab Clinical Optometry II. Minggu ini kami belajar topik 'Cycloplegic Refraction'.

FYI, Cycloplegic refraction ini sama seperti refraction biasa, cuma sebelum buat refraction tu, kena titiskan cycloplegic drug atau erti kata lain dadah. Btw, refraction tu korang tahu kan apa, yang korang pergi kedai spek, then optometrist tukar2 lensa kat depan mata korang sambil korang tengok chart di depan. Ok, kegunaan cycloplegic drug ini adalah untuk prevent accommodation of the eye during refraction.

Cycloplegic drug (cyclopentolate hydrochloride)
yang kami guna dalam lab


Kadang2 mata ni akan accommodate bila tengok jauh atau dekat. Biasanya cycloplegic refraction ini kita buat kat kanak2 sebab kanak2 accommodation diorang sangat aktif. Then, kemungkinan power yang akan diberikan kurang tepat. Accommodation = dalam bidang perubatan, keupayaan mata untuk mengubah tumpuan dari jauh untuk objek dekat (dan sebaliknya). Proses ini yang terjadi kerana lens dalam mata kita berubah bentuk.


Cycloplegic drug will dilate the pupil. Pupil mata kita ni digunakan untuk mengawal jumlah cahaya yang akan masuk ke mata kita. Contoh, bila keadaan terang, pupil atau anak mata kita ni akan mengecil, supaya cahaya yang masuk ke mata sedikit. Tapi bila dalam gelap, pupil kita membesar. Jadi, bila kita guna ubat ni, pupil akan membesar, cahaya yang masuk pun banyak bila dalam keadaan terang. Hasilnya SILAU!


Cycloplegic drug dititiskan ke dalam mata kiri.
Cuba bandingkan saiz pupil (anak mata).

Ya Allah, sedikit nikmat accommodation of the eye sudah ditarik. Sangat tak selesa. Keadaan ni jugak kita rasa apa yang kebanyakan orang tua rasa, iaitu rabun dekat. Bila tengok jauh nampak, bila tengok dekat contoh tengok handphone, blur! Then, jauhkan jarak handphone dari mata, baru clear. :)

Tempoh keberkesanan cycloplegic drug ni bergantung kepada orang, ada kesannya sekejap je, ada yang sampai tiga hari, baru ok. Untuk pengetahuan, semasa menaip entri ini, saya sedang menutup mata tersebut dengan tisu. Nasib baik tisu warna putih, kalau letak tape warna hitam ke, tak pasal jadi LANUN! hewhew..
Ala2 Captain Jack Sparrow pulak nanti, hewhew..

Lagi satu bila mata sebelah rabun jauh, sebelah yang dititiskan ubat tu rabun dekat, imej yang kita tengok jadi tak berapa clear. So, memang kena tutup mata sebelah lebih selesa. :)

Dalam keadaan seperti ini, barulah tersentap hati, rasa bersyukur dengan nikmat penglihatan yang Allah kurniakan selama ini. Ini baru rabun, kalau hilang penghilatan (buta), Nauzubillah min zalik..

Pengalaman seperti ini tidak dapat dilupakan. :)

Akhir kata, BERSYUKURLAH dengan apa yang kita ada, jangan sibuk merungut apa yang kita tiada.

Sekian..

Terima kasih sudi singgah! :D

No comments:

Post a Comment