Monday, April 22, 2013

Malaysian Optometry Students Sport Event (MOSSE) 2013





Alhamdulillah, selesai Malaysian Optometry Students Sport Event (MOSSE) 2013 yang berlangsung dari 19 hingga 21 April 2013 di UiTM Puncak Alam. MOSSE kali ini merupakan anjuran kali kedua oleh UiTM. Untuk pengetahuan, MOSSE merupakan aktiviti sukan yang melibatkan semua pelajar optometri di seluruh Malaysia. Universiti yang terlibat pada tahun ini adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Management & Science University (MSU), SEGi University dan Tun Hussien Onn National Eye Hospital (THONEH).




Suka logo MOSSE 2013, Eagle!

Dan kali ini juga Fatin dilantik sebagai Biro Penajaan. Terima kasih kepada Kak Aresya & Kak Hafizah yang banyak membantu. Seriously memang tak tahu apa2 pada mulanya sebab tak pernah handle hal2 melibatkan tajaan ni. Fatin try call syarikat tertentu untuk mendapatkan tajaan. Macam2 reaksi ada, ada yang peramah, ada yang hmm.. Itu semua pengalaman baru.

OK, sambung kisah MOSSE 2013. Malam 19 April, pelajar2 optometri dari universiti lain seperti UIA, UKM dan MSU. Permainan bermula pada 20 April, tirai MOSSE dibuka dengan Larian de' Puncak. Acara favourite iolls! hehe.. Padahal, itu je yang iolls mampu. huhu..

Kali ni larian bukan macam tahun lepas eh.. Kali ni blinfold run, sorang tutup mata dengan kain, sorang lagi pimpin partner. Tahun lepas Fatin dgn Syamerra pernah masuk RUN FOR SIGHT 2012 di Putrajaya. Tapi yang ni gilir2 tutup mata, so kira dua2 dapat rasalah macam mana dunia gelap tanpa cahaya.

Actually, sehari sebelum tu, Fatin & Mira pergi tengok track yang akan dilalui. Konon nak jalan tengok je, last2 kitorang praktis lari sebab kitorang memang tak praktis langsung untuk event ni. Test beratur sepanjang minggu, huhu.. Tapi malang tak berbau, Mira terjatuh dan kaki terseliuh kat kawasan berdekatan construction. Lagi satu, contact lens (CL) dia pulak dislocate. Ya Allah, hebat dugaan Allah masa tu. Fatin cuba untuk betulkan kedudukan CL tu berdasarkan apa yang telah dipelajari dalam kelas CL. Alhamdulillah, dapat jugak dikeluarkan. Tapi kaki Mira dah sakit waktu tu. Tapi Mira kata takpe, teruskan jugak sampai ke penamat.

Malam tu, Fatin pergi bilik Mira. Roommate Fadh, Mashi student physiology datang tolong apa yang termampu. Tuam ais, urut dan sebagainya. Fatin datang bawak Menzza Ice yang Fatin dapat masa ibu jari kaki injured main futsal OAC dulu. Mira, kata dia memang nak Menzza Ice pun. Tak sangka Fatin ada. Ya Allah terasa hikmah injured masa OAC tu..

Esoknya, Mira kata kaki dia better dari semalam. Dia akan cuba sehabis baik. Fatin terharu dengan semangat dia. Kalau ikutkan hati, mestilah nak menang kan, tapi tak boleh pentingkan diri sendiri. Kita dah lama sama2 masuk larian, kali nak bekerjasama dalam satu team, kena consider keadaan dia jugak. Dipendekkan cerita, (aku tak tau nak pendekkan mcm mana lagi, sorry tertaip panjang, huhu) alhamdulillah, kami menang nonbor 4. tak dinafikan mestilah nak nombor lagi baik, tapi inipun dah cukup bersyukur sebab dapat top 5. Tambah2 lagi dengan keadaan Mira macam tu. Kepada Mira, thanks and sorry for everything. Apapun, gembira mendapat tahu yang pemenang nombor 1 hingga 4 semua student uitm. Untuk kategori lelaki pulak, uitm no 1. Tahniah korang! :)

Jersi kuning MOSSE 2013
No larian 066 chantek kan nombor? ;)

Bronze medal

My partner, Syamerra.

Ok, teruskan dengan acara netball, tempat pertama UIA, tempat kedua UiTM team A dan tempat ketiga adalah UiTM team B.
Basketball pula dimenangi oleh UIA dan diikuti SEGI dan UiTM.
Bola baling kategori perempuan: (1) UiTM, (2) SEGI, (3) MSU.
Bola baling kategori lelaki : (1) SEGI, (2) UiTM, (3) UKM.
Futsal (P): (1) UiTM team A, (2) UIA (3) UiTM team B.
Futsal (L) : (1) UiTM team A (2) SEGI (3) UIA.


Handball

Futsal

Hari terakhir MOSSE 2013, berlangsungnya acara badminton, tarik tali dan sukaneka.




Bagi acara sukaneka, pihak penganjur UiTM telah menjemput peserta dari Malaysian Association for the Blind (MAB).





Acara mencari gula2 dalam tepung, mengisi air dalam botol, membawa bola ping pong dengan sudu dan memindahkan tepung dengan sudu berlangsung dengan meriah. Untuk pelajar optometri, mata telah ditutup dengan menggunakan kain semasa bermain sukaneka dan ada seorang  guide yang akan memberi arahan untuk setiap kumpulan.
Cari gula2 dlm tepung
Isi air dalam botol menggunakan tangan

Sesi penilaian

Bawa bola pingpong dengan sudu
Memindahkan tepung menggunakan sudu

Pemenang keseluruhan untuk MOSSE 2013 adalah UiTM. Alhamdulillah.. Kami dapat mengalahkan juara tahun lepas iaitu UIA. UIA di tempat kedua manakala UKM di tempat ketiga. Gambar piala dan hamper tak sempat nak snap sebab kena sambung tugas sebagai pengiring peserta MAB.


Tahniah UiTM kerana dinobatkan juara keseluruhan MOSSE 2013!
cc: Shazana

Hamper tinggi or aku rendah? :p
cc: Shazana

Mata nampak ferrero rocher je :p
Besaaaarnyaaa hamper!

Milik siapakah hadiah ini? ;)

Di kesempatan ini, kami pelajar UiTM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja, ajk penganjur, peserta dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam MOSSE 2013. Maafkan jika ada kekurangan dalam MOSSE kali ini. Walaupun dah habis, jom tweet #mosse2013 di twitter, hehe.. Pertalian kita tidak hanya terjalin di MOSSE, boleh diteruskan dengan media sosial yang semakin canggih ini. :)

Lastly, kalau nak flash back MOSSE 2011 dulu, boleh klik di SINI. :)

Jumpa lagi tahun depan di MSU, Insya Allah.. :)

4 comments: