Thursday, December 08, 2016

Menikmati kehijauan Taman Eko Rimba KL





Assalamualaikum :)

Selepas melawat Upside Down House KL, kitorang terus destinasi asal iaitu Taman Eko Rimba KL. Dekat je, dari rumah terbalik tu memang dah boleh nampak pintu gerbang Taman Eko Rimba.


Sebelum ini, Taman Eko Rimba dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nenas. FYI, Taman Eko Rimba ini merupakan hutan simpan tertua di Malaysia.


Sebelum datang sini, Fatin dah baca review di blog orang. Fatin excited nak naik jambatan gantung :)

Masuk je pintu gerbang tu, tetiba ternampak signboard 'AWAS BINATANG BERBISA'. Alamak terus cuak, takut jumpa ular je huhu, harap dijauhkan kan..

Yeay, Taman Eko Rimba checked! 
Korang boleh pilih nak lalu atas or bawah, kalau atas, lalu kat sepanjang jambatan gantung, kalau kat bawah ikut laluan pejalan kaki. Haruslah pilih jambatan gantung, sebab nak mencabar kekuatan diri sendiri. Nak kata gayat tu, adalah sikit, tapi seronok, yang takutnya, takut fon jatuh bawah haha, genggam sekuat hati fon tu sambil snap gambar.


Tangga turun bawah ke jambatan gantung berikutnya

Dari jambatan gantung, kita boleh nampak bangunan pencakar langit di sekitar KL. Then dapat menghirup udara segar, alhamdulilah waktu pergi tu cuaca baik, tak panas sangat dan yang penting tak hujan.



Bagi korang yang cintakan alam sekitar, suka dengan kehijauan pokok2 bolehlah jalan2 kat sini, sambil beriadah berjalan kaki. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Taman Eko Rimba ini. Korang boleh berjalan sambil biarkan lemak korang terbakor haha.. Just walk and enjoy the nature!



ASEAN Garden

Actually ada banyak lagi pokok tapi Fatin snap yang Malaysia punya je hehe

Thanks my bff Aminah yang menjadi photographer sukarela! :D
Alhamdulillah hingga ke garisan penamat, kitorang tak jumpa binatang berbisa :)


Next entry Fatin share tempat makan best, nantikan! ;)

Wednesday, December 07, 2016

Upside Down House KL




Assalamualaikum :)

17 November lepas Fatin dengan Aminah ronda2 KL selepas tengok ada kawan share pasal Taman Eko Rimba dan Upside Down House KL. Fatin excited giler nak pergi Taman Eko Rimba sebab nak lalu jambatan gantung tu hehe.. Sebelum tu kitorang masuk Upside Down House dulu.


Sebelum ni Fatin pernah pergi Upside Down House PD, korang boleh usha kat LINK INI.

Bayaran masuk RM15, kalau ada student card dapat harga RM10.

Kitorang bernasib baik sebab datang awal, kira orang pertama masuk untuk hari tu. So senang nak tangkap gambar, kalau tak habis semua gambar kena photobomb dengan strangers.

Rumah terbalik ni dari luar memang reka bentuk dah terbalik, sama jugak dalamnya.


Rumah ni ada dua tingkat, ada ruang dapur, bilik air, bilik tidur, ruang makan, dan lain2. Korang boleh tengok, nak cakap banyak pun tak guna hahaha :p




Berpaut kat daun pun boleh :p




Okay ni versi tanpa orang pulak ;)



Okay kita turun bawah pergi ke loteng rumah terbalik ni..

Tangga turun ke loteng rumah terbalik

Environment kat loteng



Duduk atas siling, kau hado?


Okay ni bahagian luar pulak. Sebelum ke Taman Eko Rimba, kita snap gambar dulu..
KL Tower

Selipar tu jangan jatuh atas kepala sudah :p


Kesimpulannya, rumah terbalik ni sesuai untuk kanak2 dan remaja, untuk dewasa macam tak kot hehe.. Sekarang musim cuti sekolah kan, bolehlah ibu ayah bawak anak2 anda ke sini! :D

Thanks a lot my BFF, Aminah Hanum melayan kehendak kawanmu ini <3



Next entry kita ke Taman Eko Rimba KL, nantikan! :D


Monday, November 14, 2016

Rockstarz Night 2016




Assalamualaikum :)

With ROCKSTARZ theme, Menara Optometry held its 20th annual dinner at The Royale Chulan Damansara. I saw majority of my colleagues wore jeans, black leather jacket, jeans jacket, and boots.

My beautiful colleagues <3
Aku pulak konsep pakai apa yang ada haha.. Baju blouse (pinjam kakak punya) dari Wadi Adra, jeans Scarlet beli kat Aeon je, Afeefa Shawl dari Bonafide Scarf, kasut but pinjam kakak punya jugak. Maka inilah outfit of the day (OOTD) aku..

Ada gaya yuna tak? :p

OPTOMETRIST Fatin

Taktahulah cukup rock ke tak  >.<

Aku pergi sana dengan my colleagues, Kak Siti tumpang kereta  kawan dari Prima Gombak, Kak Nurul & Kaisah. Asalnya nak naik uber, tapi dah Kak Nurul offer, rezeki jangan ditolak hehe, thanks Kak Nurul! <3

Kitorang gerak dalam kul 6.40 petang, ikut DUKE, okay je, line clear, sampai je The Curve, traffic jam teruk!! Maka bertapalah di situ hampir setengah jam.



Sampai je hotel, terus solat maghrib dan mekap. Mekap tak payah cakaplah, kelam kabu tepek cc cream & compact powder, eye shadow sikit, eyeliner sikit, tu pun eye shadow adik bagi pinjam, itulah untungnya ada kakak & adik perempuan :p Aku jenis tak pakai mekap sangat, sebab malas nak cuci huhu.. Pergi kerja pun pakai Adania face oil & lipbalm je.. Tapi untunglah kepada bakal suami (masih dalam misi pencarian) jimat duit beliau tak payah spend beli alat mekap nanti :p #tetiba

Buat yang suka dengan colour matte lipcream Shade Dough by Hanis Zalikha ni. code dia Berry Blanched. Asalnya aku tak confident nak pakai colour ni, tapi demi mengikut tema rock, aku gigihkan jugak, alang2 tu dapat promote produk yang aku jual ;)

Berry blanched

Honestly aku suka sangat pakai Shade Dough ni, tekstur dia sangat ringan, rasa macam tak pakai apa2, tak lekat dekat cawan (nama pun matte kan), long-lasting, lepas habis dinner pun tak hilang. Balik rumah buang guna makeup remover.

Untuk details pasal Shade Dough tu, korang boleh usha entri INI. Korang boleh beli untuk korang sendiri, takpun untuk mak, kakak, adik or isteri korang! Beli mana2 dua 2pcs dapat FREE LIMITED EDITION Shade Dough paper bag! Okaylah, penat aku promote, korang jangan tak beli pulak, please #supportmember :p

Okay sambung cerita. Ni first time aku pergi annual dinner, sebab tahun lepas tak sempat, aku masuk bulan 12. Sempat jumpa my ex-classmates, Filzah & Tiqoh. Lepas rindu kat korang <3

OPTOMETRIST Filzah <3
OPTOMETRIST Tiqoh <3

Untuk dinner ni, free seating, so kitorang duduk dengan my colleagues dari branch Mydin USJ & Prima Gombak.


Makanan sedap, dewan okay, cuma aircond aku cam tak rasa sangat, bila keluar dewan baru rasa sejuk. Emcee Azrul Cham, memang happening. lawak, penat gelak. Artis jemputan, Fiq Mentor, menyanyikan lagu Gemuruh, lagu ost patahnya sebelah sayap (tak tahu apa, sebab taktengok drama tu), Hingga Hujung Nyawa (lagu favourite) & Tiga Malam Tanpa Bintang.


Overall okay, really enjoyed the dinner, walaupun tak menang lucky draw. Maybe tahun depan? ;)


p/s: 
Sejak mula gegar vaganza 3, let me introduce my new celebrity crush, Zarul Umbrella! Sampai lagu blog tukar lagu baru Zarul ;)

Wednesday, November 09, 2016

Lipbait Shade Dough by Hanis Zalikha (Authorised Agent)




Assalamualaikum :)

Hai korang! Fatin sekarang dah start buat part time job, online business, iyelah, buat satu kerja, lama2 ada terasa sedikit bosan jugak kan.. So untuk menghilangkan kebosanan, di samping menimba pengalaman dan menambah pendapatan, Fatin jual Lipbait Shade Dough by Hanis Zalikha!

Seperti yang korang tau, Hanis Zalikha dah buat banyak business, shawl Cakenis, HanisHairul perfume, dan yang terbaru Shade Dough by Hanis Zalikha.




Meh nak terangkan, Shade Dough ni ada 5 colours, Creme Caramel, Rose Taffy, Pepper Posh, Sugar Icing & Berry Blanched.



Kenapa korang kena beli Shade Dough ni?

Matte lipcream with vitamin C 💋
💄Does not smudge
💄Does not crack
💄Does not disappoint

Shade Dough ini RM55 tak termasuk pos. Pos RM8 SM & RM12.
FREE COD Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Wangsa Melawati.

Kalau korang beli 2 botol Shade Dough, korang akan dapat paper bag Shade Dough LIMITED EDITION!

Cantikkan? <3




Untuk update terkini, korang boleh follow IG @shadedoughgombak , I'm an authorised agent :)

code: Rose Taffy